Ok...disini Ingin ku kongsikan cara-cara membaca chord...
Ada 2 Topic dalam satu Tajuk:
1.Carta kord gitar dan cara membaca
2.Cara letak jari pada gitar
Jika anda nak tahu cara bermain kord gitar,benda pertama yang perlu anda tahu ialah cara membaca kord.
Ni ada contoh Kord Diagram:

Ok...disini aku akan terangkan cara membaca diagram kord gitar:
Anda nampak enam garis daripada kiri ke kanan dan enam garis daripada atas ke bawah.
Garisan daripada kiri ke kanan mewakili tali gitar.Tali yang paling kiri ialah ''Low E atau E tebal(dalam bahasa sendiri)''dan tali yang paling kanan ialah ''High E atau E halus''.
Garisan yang berasa di tengah mewakili A,D,G and B.
Garisan yang berasa dari atas ke bawah merupakan Fret yang nampak macam kotak pada gitar anda.
Titik hitam di kord diagram mewakili jari.
Titik hitam bermaksud anda perlu meletakkan jari pada tempat yang betul dan perlu menekan tali itu.
Diagram tidak memberitahu kepada kita jari mana yang perlu diletakkan pada tempat yang betul.
NOTA:RASA SAKIT JARI TU BIASA LA....
Titik putih bermaksud tali terbuka(OPEN STRING).Dalam contoh diatas titik putih diatas tali G dan E bermaksud tali perlu dimainkan secara terbuka (tidak perlu tekan).
Gitar kord C merupakan carta/diagram yang mewakili nama kord.Dalam contoh kita iaitu kord C.
Cuba lihat kembali contoh ini:

*Tali Low E yang tidak mempunyai titik tidak perlu dimainkan
*Tali A yang mempunyai titik diatas fret 3(Kita kata 'Di Fret 3',tetapi jari perlu ada pada belakang fret bukan diatasnya)jadi kita letak jari kita pada fret 3 itu.
*Tali D perlu dimainkan pada fret 2.
*Tali G adalah terbuka.
*Tali B perlu dimainkan pada fret 1
*High E adalah terbuka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan